Isnin, 5 Ogos 2013

KITA DAN KEADILAN.

Assalam,

    

Saya terpanggil untuk menulis dari sudut pandang dan dayafaham peribadi berkaitan Sistem Keadilan, Aturan dan Perlaksanaan, Satu kajian.

 

Memetik dari penerbitan Sinar Harian Paparan pada 25hb Julai 2013.Sebagai Pengerak, kepada penulisan ini.

 

 

Mari Kita semak SISTEM KEADILAN yang digunakan pakai oleh KITA. Sudah PASTI; SANDARAN dan RUJUKAN Autoritinya pada PERLEMBAGAAN (Asasnya dari Cernaan Manusia yang Beragenda).

 

Penjajahan Minda yang KETARA telah membuahhasilkan Sistem Keadilan Jenayah dan Sivil; cedokan dan pemikiran bahawa MANUSIA itu BERKUASA, dan dengan ini telah membina dan membentuk satu arahaliran dayafikir teologi dan kepercayaan.

 

Berdasarkan kepada ASAS itulah, maka KITA dengan berbondong-bondong berusaha menekuninya dan membiak baik akan keperluannya, kepada mereka-mereka yang tidak mengetahui dan BELUM menggunakan AKAL.

 

Setelah sekian lama dengan KEGUSARAN, maka KITA memilih untuk MENAMBAHBAIK sistem yang ada dengan Pendekatan yang lebih Islamik ( kononnya bagi menjaga kepentingan Umat Islam; dengan Memperkenalkan Sistem syariah, tapi terhad kepada Perkara Nikah & Cerai, Pembahagian Harta dan Pusaka, serta JENAYAH remeh (kecil) dan terpilih).

 

Lebih MALANG lagi Sistem Syariah itu dibahagi-bahagikan mengikut rentakrasa Negeri dan dicernakan dari perlembagaan yang sama.

 

Maka berlakulah PENGASINGAN dan TIDAK KENTENTUAN.

 

Nauzubillahiminzalik.......astaghfirullah...diatas salahlaku perlakuan dgn tujuan utk mempromosikan agenda dan keadahcara yg telah dan akan disusunsulam oleh MEREKA.

 

 

Adalah Hari yang paling MALANG, dari sebuah tindaklaku yang DIBENARKAN dan DIGALAKKAN, Bilamana Sebuah sistem yang kufur MENEMPELAK dengan cara yang HINA kepada KEADILAN ISLAM.

 

Bila Hal Ehwal Islam dan Umat diputuskan oleh Mereka yang bukan Islam ( Kerana Kejahillan Ketara).

 

Ditambah PARAH, Bilamana Orang Islam sendiri memutuskan dan menyebelahi keadilan kufur, oleh MEREKA-MEREKA yang sepatutnya MESTI LEBIH ARIF dan MAHIR dari yang Bukan Islam.

 

Saya sarankan KITA dan MEREKA ( yang berkaitan dengan "KEADILAN" ), melihat dan merenung semula: Semak Surah 55 Ayat 7.

 

Dan bagi Isu yang berkaitan dengan HAQ, atau status SESAORANG MANUSIA itu sebelum MEREKA meletakkan diri mereka kepada Status KUFUR JAHIL atau KUFUR SYIRIK.Sila Semak surah 7 Ayat 172.

 

KITA, perlu JELAS pada BEBAN AMANAH dan TANGGUNGJAWAB kepada MAQASID ( Matlamat/Objektif) sesaorang manusia itu.

 

Dan Nauzubillahi min zaalik.. astagfirullah..

Berhati-hati dan Senantiasa Berwaspadalah Dalam Dunia Era Jahillihah Moden, yang penuh ditaburi Fitnah-Fitnah Besar oleh Proksi dan Tentera Dajjal Laknattullah, kerana Kembalinya IA dengan Tipuan yang tidak tertolak sebagaimana Fatamorgana.

Dan Aku Memperakui dan Bersaksi akannya.

 

Marilah Kita Beristiqfar, Sedar Diri dan Baiki Diri,

Kembalilah Membina Al-Jamaah,

Gerakkan Ar-Rayah, Kibarkan Al-Liwa dalam Jihad,

Menegakkan Khilafah,

Meluaskan Daulah Islamiyah..

Dan Sebelum Itu Bersedia dan laksanakanlah dengan Istiqomah...

Tetapkan Tauhid dalam Aqidah,

Perkukuhkan Iman seteguh Tiang Solat,

galilah Liang dalam Pencarian Nilai Taqwa.

Insyaallah dan Doa Pencerah Jiwa,

 

Waullahua'alam.

 

Assalam, Mohon Semak.

https://www.facebook.com/notes/sri-panji-mohamed-zali/kita-dan-keadilan/10151753311817250

 

Isnin, 13 Disember 2010

TINJAUAN YANG MANA BENAR

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Berikut adalah komunikasi saya dengan seorang kawan, berkaitan dengan Blog saya bertajuk "NEGARA ATAU SYARIKAT".

>

> -----Original Message-----

> From: Mohd Radzi [mailto:radzi@c-radtech.com.my]

> Sent: Wednesday, December 08, 2010 3:55 PM

> To: Sri Panji Mohamed Zali

> Subject: Maidah 5:51

>

> Salam.

>

> I lost my password so I cannot comment on the blog page.

>

> Ayat Maidah 5:51, Allah is not referring to the typical Jews and

> Christian. BUT of the Godless Satanic Clans that portrayed to be Jews

> or Christians.

>

> see the better tafsir by Imran Hosein;

>

> http://www.youtube.com/watch?v=S09fiGilBHA

>

>

> Allah is telling us about the Illuminati.

>

> Since history, Jews& Christians has been ENEMY. Some that are ally to

> one another are not Jews nor Xtians. There are SOMETHING ELSE that we

> must not make friends to them. Jews& Xtian we can even married to?

>

> Sadly all our "national leaders" REPORTS to these Illuminati Clans.

>

> Salam.

> -radzi

 

JAWAPAN SAYA:

On 12/9/2010 7:05 PM, Sri Panji wrote:

> Assalam, Terima kasih atas email tersebut.

> Saya bersetuju, dan pandangan saya juga begitu. Maksud Yahudi dan

> Nasrani, tidaklah ditumpukan pada tipikal Yahudi atau Nasrani

> terutamanya yang masih berpegang pada kitab wahyunya dan beriman

> dengan nya. Yahudi dan Nasrani yang wajar ditentang ialah dari

> kumpulan GABUNGAN yang membentuk Ilumminati, Freemason ,dll yang terang terang mengkufuri ALLAH.

 

JAWAPAN BALAS DARI KAWAN:

Wasalam.

 

You must paste the YouTube link next to the ayat on your blog.

 

Then it is more appropriate.

 

Thanks.

 

Salam.

 

JAWAPAN SAYA:

Apakah Pandangan MUSLIMIM DAN MUSLIMAH yang lain????

Sila Huraikan TINDAKAN YANG WAJAR di AMBIL, Jika anda seorang MUSLIM DAN MUSLIMAH SEJATI.

 

Terima kasih.

Thank You.

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

Ahad, 14 November 2010

TINJAUAN: NEGARA ATAU SYARIKAT.

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Berikut adalah email yang saya terima dari kenalan di Internet:

Wake Up Project (penerbit siri dokumentari The Arrivals, Phase 3, Divine Book) tampil dengan video terbaru mereka, Slavery by Consent yang mendedahkan manusia seluruh dunia telah menjadi hamba kepada sistem kehidupan sekarang. Kita menyangka manusia semua hidup dalam negara-negara yang berbeza, hakikatnya negara tidak pernah wujud pun dalam zaman sekarang. Yang ada hanyalah syarikat-syarikat yang sedang merompak duit rakyat-rakyat di seluruh dunia. Kita menyangka Malaysia adalah sebuah negara, kita menyangka Amerika adalah sebuah negara dan kita juga menyangka Arab Saudi adalah sebuah negara. Hakikatnya, kesemua yang dikatakan "negara" itu sebenarnya adalah syarikat-syarikat (syarikat Malaysia, syarikat Amerika, syarikat Arab Saudi) yang sedang merompak kekayaan manusia supaya para pemimpin "negara" (baca : syarikat) boleh hidup senang. Ya, itulah sistem kapitalis.


Sila sebarkan .


Part 1 :
http://www.youtube.com/watch?v=33W5EnHQio8&feature=related

Part 2 :
http://www.youtube.com/watch?v=RKZydmEFkFA&feature=related

Part 3 :
http://www.youtube.com/watch?v=hGYQMu-jufo&feature=related

Part 4 :
http://www.youtube.com/watch?v=103UMAdbKRc&feature=related

Part 5 :
http://www.youtube.com/watch?v=iBiXip0P5w8&feature=related

Part 6 :
http://www.youtube.com/watch?v=l74Z1c_bWw0&feature=related

Part 7 :
http://www.youtube.com/watch?v=io3v-RSG9Zc&feature=related

Part 8 :
http://www.youtube.com/watch?v=M6zWrFo03O0&NR=1

Part 9 :
http://www.youtube.com/watch?v=7V1uRwSgjMI&feature=related

JAWAPAN SAYA:

Assalam,

Terima Kasih diatas maklumat tersebut.

Saya tak terkejut kerana Apa pun sistem ciptaan manusia; lebih-lebih lagi yang dipelopori oleh YAHUDI DAN NASRANI; yang sering mengajak kita kearah sebuah kehancuran IMAN dan MARUAH tanpa disedari.

 

002 Surah AL-Baqaarah

109. banyak di antara ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki Yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

 

120. orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

 

005 Surah Al-Ma'idah

51. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya Yang lain; dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka Sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum Yang berlaku zalim.

 

Oleh itu BERSANDARLAH DAN MERUJUKLAH pada AL-QURAN DAN SUNNAH NABI S.A.W. Untuk sebuah KEJAYAAN yang pasti.

 

Insyaallah, jawapan nya mungkin ada di Blog saya.

 

UMAT ISLAM yang mencintai ALLAH dan Rasulnya, perlulah BERTINDAK sekarang. Jangan sampai MAUT mencari kita, ESOK yang MENANGIS adalah diri sendiri. Disana TIADA siapa yang dapat MEMBANTU.

 

Hayatilah dengan JUJUR DAN IKHLAS, apa yang diFIRMAN ALLAH S.W.T. dalam 032. As Sajdah.

 

 

"HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI"

 

Terima kasih.

Thank You.

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

Selasa, 9 November 2010

GURU DAN PENDIDIKAN BAHAGIAN 4

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

 

Selamat Kembali, ke ruangan bicara GURU DAN PENDIDIKAN BAHAGIAN 4

 

Begitulah Keadah atau Methodologi yang sebenar, yang wajib dijadikan asas dalam Sistem Pendidikan kita.

 

SAINS dan TEKNOLOGI adalah disiplin Ilmu yang menjadi kebanggaan masakini.

Mari kita imbas semula maklumat-maklumat yang terdapat didalam Al-Quran,yang telah membicarakan secara jelas dan terkini. Wajar diketahui bahawa Al-Quran tidak memisahkan ilmu sains dengan Penciptanya iaitu ALLAH SWT. Hinggakan kaedah-keadah yang boleh didapati didalamnya, mampu melahirkan para saintis yang semakin mendalam ilmu sainsnya; semakin dihalusinya semakin kenal dia pada ALLAH dan lebih kecintaan pada-Nya, kecuali kepada yang sememang nya telah kufur dan enggan memperakui kebenarannya.

Malah sejak akhir-akhir ini, kebanyakan jumpaan-jumpaan para saintis dalam pelbagai bidang disiplin telah membuktikan bahawa Al-Quran,ialah satu-satunya sumber RUJUKAN yang tidak mampu dipertikaikan oleh sesiapa pun.

 

Ok, sekarang mari kita bicarakan pula berkaitan dengan FAKTOR Guru dalam perkembangan sesuatu Ilmu atau Disiplin itu. Kita telah pun membahaskan faktor-faktor hubungan antara Ilmu atau Disiplin.


Guru merupakan suatu faktor penentu dalam konteks membantu perkembangan Ilmu. Guru yang baik dan AMANAH, akan sepatutnya mampu melontarkan kefahaman dan menghidupkan suasana ilmuan dalam fikiran dan hati murid-muridnya. Pada kebanyakkan masa;Guru akan merupakan seorang MENTOR pada setiap diri muridnya, dimana AKHLAK dan GARAPAN MINDA nya akan memotivasikan anak-anak didiknya.

 

Cediakawan-cendiakawan Islam masa lalu merupakan seorang seorang yang cukup TAAT pada ALLAH s.w.t. Mereka merupakan seorang salafussoleh dan guru yang cukup mahir tentang Al Quran itu sendiri.

 

Cuba kita fikirkan KENAPA, berlaku sedemikian rupa????

 

Ya, Betul!

 

Betul sungguh tanggapan Tuan/Puan itu.

 

Kerana kebanyakkan dari mereka telah berada dalam sistem pendidikan yang betul-betul bersumberkan Al Quran dan Hadis. Tapi tidak bagi kita dan generasi-generasi yang sedia ada, dilahirkan dan didik dalam SISTEM …….?????

 

Yang ini, saya rasa Tuan/Puan mampu untuk menjawab dengan tepat untuk mendapat markah penuh.

 

Ok,kita kembali semula………

Jadi apabila sesuatu Ilmu itu di Intrigasikan dengan betul.

 

Jangka panjang, Ia akan memberikan KESAN, dengan KEADAH yang TEPAT dalam sistem.

 

SISTEM inilah, yang mungkin dicari-cari oleh MALAYSIA dan keseluruhan UMAT DUNIA PENDIDIKAN.

 

Okey, Jika semua dah bersetuju, Mari kita SELIDIK DAN KAJI. Bagaimana Al-Quran MENDEPANI setiap DISIPLIN atau ISU-ISU.

 

Mari kita lihat ISU PANAS masakini.

 

Ya! Tuan/Puan tak silap lagi, masalahnya ialah SOSIAL (tak perlu saya jelaskan secara terperinci, sudah pasti Tuan/Puan lebih maklum).

 

Saya rasa tak perlu saya paparkan imej-imej yang berkaitan, kerana bila saya sebutkan demikian. Sudah pasti Tuan/Puan dapat menarik imej-imej yang mampu dibayangkan dalam minda Tuan/Puan.

Imej-Imej tersebut sering dipaparkan dalam semua bentuk media dan suasana; dan ini lah hakikat dunia kita…

 

Sekarang, Mari kita lihat.

 

Apa yang diperkatakan oleh Islam ( Khususnya Al-Quran ).

 

Harus diingat dalam mengaplikasikan tuntutan BerMasyarakat, dalam bahasa hari ini BerSosial. Islam tidak pernah mengasingkan diantara TUNTUTAN DUNIA DAN AKHIRAT.

 

Surah 24 An Nuur.

 

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

 

 

 

Surah 033. Al Ahzab

 

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

 

Diatas adalah Etika – Etika yang perlu dijaga oleh setiap perempuan muslim semasa melakasanakan sebarang perkara berkaitan dengan aktiviti-aktiviti diatas.

 

Kalau diatas fokusnya, lebih kearah perempuan.

 

Maka hayati pula ayat yang fokusnya kepada Lelaki….

 

004 Surah An-Nisaa'

 

24. dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya Yang kamu miliki. (Haramnya Segala Yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. dan (sebaliknya) Dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan Yang lain daripada Yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) Dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. kemudian mana-mana perempuan Yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang Diwajibkan oleh Allah). dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan Yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

 

005 Surah Al-Ma'idah

5. pada masa ini Dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) Yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang Yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). dan (dihalalkan kamu berkahwin) Dengan perempuan-perempuan Yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan Yang beriman, dan juga perempuan-perempuan Yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang Yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara Yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. dan sesiapa Yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka Sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.

 

Ini pula adalah Adab Bertamu atau Menghadiri Majlis ( Majlis yang menepati tuntutan syarak ).

 

Surah 24 An Nuur

62. Sesungguhnya orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman ialah mereka Yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan apabila mereka turut bersama-sama Dengan Rasulullah Dalam sesuatu perkara Yang memerlukan perhimpunan ramai, tidaklah mereka meninggalkan majlis perhimpunan itu sebelum mereka meminta izin kepadaNya. Sesungguhnya orang-orang Yang meminta izin kepadamu (Wahai Muhammad) itulah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan RasulNya. maka apabila meminta izin kepadamu untuk pergi menjalankan sesuatu urusan mereka, maka izinkanlah bagi sesiapa Yang Engkau kehendaki di antara mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

Ini pula adalah keadah-keadah mengamalkan segala bentuk kebaikan dalam Bermasyarakat dan Berinteraksi diantara individu , yang sepatutnya menjadi GARISPANDUAN dalam perjalanan sebuah kehidupan bagi mereka-mereka yang mempelopori GAGASAN bahawa Islam itu CARA HIDUP TERBAIK.

 

002 Surah AL-Baqaarah

177. bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa.

 

Terima kasih.

Thank You.

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

Isnin, 1 November 2010

GURU DAN PENDIDIKAN BAHAGIAN 3

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

 

 

008 Surah AL-ANFAAL

 

28. dan ketahuilah Bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala Yang besar.

 

Selamat kembali ke kajian semula berkaitan dengan tajuk diatas.

 

Kita dah sedia maklum berkaitan dengan kewajaran yang sepatutnya diambil samada dalam mengwujudkan sistem dan asas sandaran dan rujukan yang bertepatan dan dituntut iaitu:

 

Yang Utama ialah AL-Quran

Yang Kedua Baru Hadith Rasul s.a.w.

 

Utamanya Al-Quran itu adalah kerana, Ia merupakan pusat sumber bagi pelbagai displin ilmu. Jika diteliti secara telus ( Dengan Hidayah ALLAH ), sudah pasti kita akan menemui beberapa jalinan atau gabungan pelbagai displin ilmu didalamnya.

 

Pada kebanyakan ketika ia saling berkait dan berhubungan diantara satu displin dengan displin yang lain; Jika PEMBACA nya bersedia untuk bertaffakur sebentar pada setiap baris dan ayat, sudah pasti kesan nya akan terasa begitu indah sekali. Dan jika ianya diulang-ulang renungannya, pembacanya akan mendapati pada titik-titik waktu tertentu ia akan member kesan yang begitu mendalam sekali sepanjang proses penghayatan tersebut dilaksanakan.Dari kesan rangsangan tersebut, sudah pasti Al-Quran, mampu melahirkan orang-orang yang secara sedar dan insaf, yang berkeupayaan untuk dalam realitinya, menghubungkan Dunia Dan Akhirat dalam tuntutan semasa.

 

Wajar disedari dengan penuh keinsafan, bahawa Al-Quran tidak pernah memisahkan kebertanggungjawaban HAMBA ALLAH dalam memenuhi keperluan mengapai Ilmu Dunia dan Akhirat, Kerana pada setiap AYAT adalah KEPERLUAN DUNIA DAN AKHIRAT.

 

Pada awal surah Al Baqarah, Displin Tauhid dan Kemasyarakatan dibicarakan dengan jelas sekali. Disini, boleh kita rumuskan bahawa dalam pencarian sesuatu ilmu itu; Perkara mengenai Akhirat dan Dunia perlu disekalikan, ia samasekali tidak boleh diasing-asingkan.Al Quran tidak memisahkan ilmu tauhid dan ilmu kemasyarakatan.Malah displin Tauhid menjadi ASAS yang kukuh, dalam membicarakan displin-displin ilmu yang lain.

 

Mari kita ambil contoh yang lain; Dalam Al-Quran displin Ekonomi tidak memisahkan hubungkait Alam Syurga dan Neraka,kerana jika ia dipisahkan; maka akan terjadi pelbagai keadah dan pendekatan "Matlamat Menghalalkan Cara", sebagaimana yang didokong oleh mereka-mereka yang mencari DUNIA.Khusus oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani; "THE HIDDEN HAND".Ini akan mengakibatkan pemasalahan ekonomi sesuatu tempat itu tidak akan mampu diselesaikan dengan bijaksana.

 

ALLAH maha bijaksana, SYURGA DAN NERAKA menjadi sandaran GANJARAN DAN ANCAMAN yang ampuh dalam menguruskan pemasalahan EKONOMI.

 

Jadi jika sesiapa yang teringin mendalami displin Ilmu, belajarlah melalui kaedah gabungan ilmu yang Al Quran lakukan. InsyaALLAH, sesaorang itu mampu menjadi seorang pakar ekonomi, dalammasa yang sama menjadi seorang jutawan yang sangat takut tercampak ke Neraka dan sangat ingin sekali ke Syurga.

 

Inilah Keadah atau Methodologi yang sebenarnya, yang perlu dijadikan asas dalam Sistem Pendidikan kita.

 

 

 

Terima kasih.

Thank You.

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

Rabu, 27 Oktober 2010

GURU DAN PENDIDIKAN BAHAGIAN 2

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

SELAMAT KEMBALI….

 

Bila membicarakan mengenai PENDIDIKAN…..

 

Dasar ASAS nya perlu jelas dan tepat. Antara lain nya seperti bentuk kurikulum, tujuan belajar dan matlamat, dan lain-lain lagi.

 

Kalau Faktor-Faktor diatas tidak diberi pertimbangan dan fokus yang tepat; natijahnya kita akan lihat HASIL PRODUK yang dikeluarkan:


Sebab itu kita dapat lihat, hari ini perbezaan cara berfikir diantara orang-orang yang keluar dari sistem sekular dengan orang yang keluar dari pengajian ilmu Islam.

 

Lulusan sekolah kerajaan berbeza dengan lulusan sekolah swasta.

 

Keluaran dari satu bidang ilmu tidak sama dengan keluaran dari pengajian berbagai bidang ilmu.

 

Orang yang belajar dengan guru yang tidak berakhlak berbeza dengan orang yang gurunya berakhlak baik.


Demikianlah dengan hal terjadinya bermacam-macam jenis GURU di dunia kini.

 

Bahkan bukan hari ini saja.

 

Dari sejak selepas zaman ulama salafussoleh lagi sudah bermula proses terjadinya macam-macam CENDEKIAWAN, PROFESIONAL, PELAJAR DAN JUGA GURU.

 

Dalam Pendidikan dan Pembelajaran Islam pula terdapat KEADAH DAN SISTEM yang berbedza-bedza dari sudut PENDEKATAN DAN PENGURUSANNYA.

 

Mungkin kerana ini lah, sistem pengajian Islam itu sudah lain dari yang sebelumnya, termasuk guru-gurunya pun lain, dan apa-apa perkara yang berkaitan dengan nya sudah jauh berlainan dari yang SEBENARNYA.

 

Sekarang Mari Kita BUKA Balik LEMBARAN-LEMBARAN Sejarah PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PROSES PENCARIAN ILMU DAN PENGETAHUAN.


DiPeringkat awalnya. AL-Quran dan Sunnah S.A.W. menjadi sumber UTAMA dalam SISTEM dan KEADAHnya.

 

SISTEM SANDARAN dan RUJUKAN:

 

Utama ialah AL-Quran

Yang Kedua Baru Hadith Rasul s.a.w.

 

 

 

Terima kasih.

Thank You.

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"

SEJARAH, FAKTA DAN PEMALSUAN

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

Semasa saya melayari Dunia Internet, saya telah terjumpa berberapa artikel-artikel, yang membicarakan tentang sekumpulan manusia yang menyembah Iblis dan Syaitan, sejak berkurun-kurun dahulu.

Dari berberapa artikel dan produksi video yang berkaitan( banyak yang boleh dijumpai di dunia maya ) , Saya harus berhati-hati dengan pendekatan-pendekatan yang digunakan, kerana kecanggihan teknologi hari ini, mampu merubah sesuatu tanpa disedari " THE MIND CONTROL GAME".

 

Dalam pencarian tersebut, saya teringat pesanan arwah bapa saya berkaitan dengan BANGSA MELAYU YANG DIGELARKAN SEBAGAI BANGSA JAWI, saya mencari dan terus mencari, sehingga saya terjumpa berberapa artikel yang ditulis oleh orang yang bernama SRI KANDI di Misti Organisation dan juga SANGTAWAL SAKRANTA. Dari Gaya Persembahan catatan mereka, boleh andaikan, bahawa mereka –mereka ini mempunyai latarbelakang displin SEJARAH yang memberangsangkan ( Profil mereka terlalu kabur Untuk saya mengesahkan sesuatu ). Cuma jika boleh saya sarankan kepada sesiapa saja termasuk mereka ini;

 

Peganglah pada Pepatah Melayu: BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH. Barulah kita wajar menuntut, sebagai sebahagian daripada entiti yang mampu menyerlahkan JATIDIRI BANGSA MELAYU, DAN ISLAM, SEBAGAI TONGGAK NYA.

Kerana jika kita imbas Sunnah Rasullullah s.a.w., Baginda tidak pernah menyorokkan identiti (sebenarnya) dirinya; walaupun Baginda s.a.w. sering diancam dengan pelbagai bentuk ancaman dan tawaran, dalam proses menyebarkan TAUHID KEPADA ALLAH.

 

Berbalik kepada isu SEJARAH.

 

Mari kita semak silibus Sejarah yang diajarkan didalam sistem Pendidikan.

Apakah Fakta dan Data yang disampaikan oleh "GURU DAN PARA PRODUKSI TEKS SEJARAH (BUKU TEKS DAN BUKU RUJUKANNYA)", didalam sistem yang sedia ada itu; BENAR BELAKA, atau ia telah dimanupulasikan oleh ORANG-ORANG TERTENTU :

 

ATAU SEBAHAGIAN DARI ORANG-ORANG YANG BERKEPENTINGAN;

 

ATAU OLEH TANGAN –TANGAN TERSEMBSEMBUNYI; dan

 

ATAU OLEH TANGAN-TANGAN TAK TERSEMBUNYI IAITU MEREKA-MEREKA YANG DIAMANAHKAN.

 

DARI ARTIKEL –ARTIKEL SRIKANDI DAN SANGTAWAL SAKRANTA. Ternyata terdapat fakta dan data yang dibentangkan dibilik bilik darjah/kuliah didalam sistem sediada; secara sengaja ia dimanupulasikan, agar pelajar-pelajar kita senantiasa didalam ALAM KELIRU.

 

Saya nak Tanya!

 

DIMANA PARA SEJARAHWAN KITA BERADA….

 

DIMANA PERGINYA ARKEOLOGIS ……..MASIH TENGAH MENYAPU PASIR DAN DEBU KE?

 

DIMANA PARA DEKAN, PROFESOR, PENSYARAH, DAN TUTOR SEJARAH….. AGAKNYA TIDUR LAH TU….KECUALI PADA SEBAHAGIAN DARI NYA ;YANG BARU SAJA… HANYA DAPAT MEMBUKA SEBELAH MATA SETELAH DIASAK SEMALAMAN……

 

DIMANA ARAH MATLAMAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN GURU………MUNGKIN MASIH MENCARI TITIK…

 

DAN APA YANG DIBUAT OLEH PARA GURU-GURU SEJARAH YANG ADA…..MUNGKIN TENGAH MENGIRA HARI, MENANTIKAN SESUATU…

 

SEJARAH..OOOO….SEJARAH,,,

 

SETELAH PUAS IA DIROBEK, DIHINA, DIPERSENDA DAN DICACI…… OLEH MEREKA YANG BERKEPENTINGAN…

 

UMNO HADIR DENGAN MENGEGARKAN, BAHAWA MULAI 2013 SABJEK SEJARAH, WAJIB LULUS DIPERINGKAT SPM……

 

TAHNIAH…. DAN SERIBU KALI TAHNIAH, BERANI BERTINDAK SETELAH DIDESAK……..

 

UMNO 64 TAHUN….

 

MERDEKA, 53 TAHUN……

 

PAS 50 TAHUN………..

 

SEDIH……HIBA……..RASA DIJIWA KU INI, SETELAH BERATUS TAHUN BANGSA KU DIJAJAH…….

 

BANGSAKU KINI MASIH MERANGKAK, MENCARI NILAI JATIDIRI….

 

NAMPAKNYA BANGSA KU , MASIH DIALAM PENJAJAHAN, WALAUPUN DI TANAH MELAYU INI KEMERDEKAAN TELAH DI ISYTIHARKAN. MALAH SABAN TAHUN SLOGAN DAN SEMANGAT KEMERDEKAAN ITU DIJAJA. DISETIAP PELUSUK CERUK DESA, HUTAN, PEKAN,BANDAR, DAN BANDARAYA. PADA DIRI SETIAP RAKYAT TUA MUDA, MISKIN KAYA, KERAJAAN DAN SWASTA, MALAH ANAK-ANAK KECIL SEKALI PUN DIAJAK, DIDORONG, DAN DIPAKSA UNTUK MELAUNGKAN SLOGAN KERAMAT TERSEBUT "KITA SUDAH MERDEKA"

 

MERDEKA KAH KITA????

 

JIKA SEMUA NILAI –NILAI KEHIDUPAN KITA DITENTUKAN ORANG….????

 

JIKA KITA MASIH MEGENEPIKAN BAHASA KEBANGSAAN (BAHASA MELAYU, BUKAN BAHASA MALAYSIA) PADA SETIAP KESEMPATAN YANG MELINTAS DIHADAPAN BICARA KITA…?

 

JIKA SISTEM EKONOMI KITA MASIH BERGANTUNG DAN BERPAUT PADA ASAS-ASAS SISTEM EKONOMI YANG TERSEMBUNYI….

 

JIKA SISTEM KEADILAN KITA MASIH BERKIBLATKAN BARAT DAN ……

 

JIKA SISTEM KEMASYARAKATAN DAN SOSIAL KITA MASIH MENGIKUT TELUNJUK YAHUDI DAN NASRANI…..

 

JIKA SISTEM PENDIDIKAN DAN PEMBELAJARAN KITA MASIH BERSIFAT CAMPURADUK TANPA TUNJANG YANG JELAS…

 

JIKA SISTEM PENGURUSAN DAN SIASAH KITA MASIH BERSIFAT SEKULARISMA…

 

JIKA PEMIMPIN DAN PENGKHIANAT MASIH BERDAKAP MESRA SETELAH PUAS BERTELAGAH (TEKNIK BERPOLITIK KOTEMPORARI), DAN KEBANYAKAN DIANTARA MEREKA MAMPU TERSENYUM SINIS DENGAN GAYA KETAWA YANG……………(SENDIRI TAHU..LAH)…

 

Jadi di mana JALAN PENYELESIANNYA;

 

Umat MELAYU, wajar bangkit Untuk membetulkan segala kepincangan,kekurangan, dan kebodohan ini..

 

DIBAHU SETIAP INDIVIDU,INSTITUSI, ORGANISASI, DAN MASYARAKAT MELAYU ITU TERLETAK BEBAN KEBERTANGGUNGJAWABAN.

 

 

 

Terima kasih.

Thank You.

 

" HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI"

"ONLY ALLAH KNOWS"